Total Pageviews

Tuesday, September 20, 2016

Ilmu dan research


Rasa macam buntu.
Sejak mula research sampai dah tak ingat berapa kali nangis dan rasa demotivated.

Tapi nangis pun lepas berusaha sampai sakit kepala dan stress.
Stress sebab tak tahu dan
sebab tak dapat jawapan.
Geram.
Kenapa aku tidak dapat fikirkan sebab kepada dapatan eksperimen aku.
Rasa bodoh.

Sangat banyak perkara yang aku tidak faham tentang apa yang aku kajikan ini.
Tapi yang lebih membuatkan aku stress adalah aku macam hilang.
Aku tak tahu dimana aku harus pergi.

Puas membelek ronbun demi ronbun. Buku demi buku. Lamanweb demi lamanweb. Google demi google.
Tapi aku masih tidak tahu.
Masih tidak faham.
Masih bingung.
Bincang dengan sensei pun tiada hasilnya.
Sensei pun tidak tahu.
Rasa seperti tiap minggu semasa meeting berdebat diatas angin.
Atas sesuatu yang segalanya hanya agakan.
Itulah sains kan?
Agakan-agakan yang akhirnya dapat dirasionalkan dengan sebab.


Ilmu Tuhan ini terlalu luas kan.
Hatta benda yang skop sangat kecil iaitu 2 jenis logam pun aku tak mampu nak faham semuanya.
Aku tak mampu nak fikirkan kenapa.
Variables yang sama pun lain kekkanya.
Apatah lagi bila variablesnya lain.

Ya Allah.
Benarlah kau yang tahu segalanya.
Benarlah kau pemilik segala ilmu.
Jika laut menjadi dakwat sekalipun tidak akan cukup untuk tulis semuanya.

Sekarang aku makin faham bertapa kerdilnya aku.
Bertapa bodohnya dan sesatnya aku jika aku dibiarkan.
Aku temui kebesaran dan keagungan Mu dalam research picisan aku mengenai 2 cantuman logam.

Mungkin kesedaran inilah yang lebih berharga dari keputusan peperiksaan yang mantap atau menang anugerah nobel.

Mungkin inilah namanya ilmu.


No comments: