Total Pageviews

Monday, November 21, 2016

Kebergantungan kepada Allah.




kenapa kebergantungan kepada Allah ni penting?

dengan bergantung kepada Allah, segala apa yang terjadi dalam hidup kita;
baik atau buruk,
kita akan redha.

kita juga tak akan putus asa.
sebab kita percaya bahawa apa sahaja yang terjadi,
Allah akan sentiasa ada.

kita juga akan berusaha sebaik mungkin kerana
kita percaya Allah melihat dan mengetahui setiap apa usaha kita.


Dengan kebergantungan kita kepada Allah akan datangnya BERKAT.

contohnya,
bila kita rasa tiada masa untuk buat kerja-kerja islam,
sesak dengan kerja universiti,
dengan keberkatan masa,
segalanya akan selesai dengan baik.

contohnya,
bila kita rasa tak ada duit untuk ke program keagamaan atau untuk diinfaqkan,
dengan keberkatan duit,
segalanya akan cukup.



Tapi kita manusia ada banyak bahagian atau perkara yang kadang kala kita kurang kebergantungan kepada Allah.

mungkin ada yang kurang kebergantungan kepada Allah dalam soal jodoh;
mula memilih jalan yang haram untuk memenuhi kehendak.

atau,

mungkin ada yang kurang kebergantungan kepada Allah dalam soal study;
mula hilang semangat dan tak pergi kelas.